bermula dengan insiden tu la mood oc jadi agak down nak menulis, walaupon memang dah tersemat dalam kepala oc 2-3 topik yg oc nak tulis....then lepas tu sibuk pulak dengan agenda2 yang xhenti2..lebih2 lagi skrang dah akhir semester...
.....ok..jadi apa yg berlaku dalam masa 1 bulan ni...kalau ikot kan ingatan oc yang memang diketahui xberapa nak kuat ni...first main event ialah perjumpaan dengan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Chik, kat kedutaan Malaysia..ramai jugak la pelajar2 Malaysia kat Moscow yg hadir...besar-besaran jugak la...penganjur pon sediakan 3 buah bas untuk ambil kitorang, pelajar2 MAI,..sonang..xyah nak turun naik bas dan metro nak pergi sana..kalau x sejam jugak nak sampai...
...selain lawatan menteri belia n sukan ni...pengarah MARA yg jugak bekas menteri besar Terengganu dulu2 Datuk Idris Jusoh pon datang jugak melawat pelajar2 dibawah tajaan MARA kat Rusia ni...perjumpaan antara para pelajar n delegasi MARA ni pon kat embassy Malaysia jugak...n again ada bas yg ambik kitorg kat asrama..yeah..mmg konfem2 ramai yg sanggup pergi...coz boleh makan free kat embassy tanpa perlu nak meredah malam kat Moscow yg sejuk ni....haha..dipendekkan cerita..malam tu memang hangat..macam2 masalah dan persoalan diutarakan..lebih2 lagi budak2 medik tajaan MARA kat sini..hidup diorang memang jauh lagi susah gua cakap...ye la..kitorang budak2 engineering ada asrama yg disediakan..diorg belom tentu dapat..ramai yg sewa rumah..tinggal dengan rakan2 kat luar..yg sadis nyer sebuah apartmen buruk(apartmen yg memang berlambak kat rusia ni kebanyakannya buruk2..)..sewa bulanan diorang kena bayar lebih kurang RM5000 sebulan..tu memang gila...ada dapat jiran yg memang kuat racist nyer sampaikan tingkap rumah diorang 5 kali dipecahkan...sekali nak baiki RM 1000 kena bayar...macam mana nak hidop...(agak2 tuan punya apartment sewa tu yg pecahkan kot..cari duit lebih..)...well..kata-kata orang yg pelajar2 tajaan luar negara ni kaya2 memang xboleh nak digunakan la untuk pelajar2 kat Rusia ni...hidup kitorg susah dengan kos sara diri yg tinggi di bandar ke-3 paling mahal kat dunia ni tapi elaun bulanan yg kami terima ke-3 paling rendah oleh MARA...xtau la nak cakap apa..
...sekarang ni pon MARA dah mula kurangkan elaun pelajar tajaan mereka kat Rusia ni dlm RM400 lebih...lagi la sesak nak hidop kat cni...oc x kisah sangat coz kitorg budak MAI lebih terjaga daripada pelajar2 medik di Moscow ni...so oc nasihatkan klau ada la sapa2 yg teringin nak ambil medik kat Moscow ni..xyah la..tempat lain lagi elok..kalau nak sangat kat Rusia jugak..pergi la kat bandar2 lain seperti Nizhni atau Volgograd..sana lagi elok..tambah2 lagi kat sana kurang sikit orang Rusia nye...kurang la sikit manusia2 racist n yang aparteid...OC kat Moscow ni walaupon baru 4 bulan lebih dah sakit hati gila2 dengan manusia2 yg kurang ajar ni...haishhhh.....nak kata apa lagi..dah memang mak bapak diorang dah ajar macam tu...macam tu la jugak anak2 dia... (=_=")
....kemudian kami junior2 batch 5 disuruh pulak untuk buat persembahan bulan 12 nanti...malam kebudayaan ke apa..?..oc dah xingat dah tapi masa tu nanti kitorang kena perform depan pelajar2 rusia lain jugak atas pentas tapi sebelom tu nanti ada peringkat saringan jugak...akhirnya kami sepakat nak mempersembahkan tarian zapin+kuda kepang...ok kot..coz dengar2 senior belom buat lagi dua2 tu....macam tu la jugak makin bertambah la kesibukan n kepadatan jadual oc untuk bulan ni...campur dengan timbunan kerja2 yg lecturer bgi...memang xboleh duduk senang skrang ni....
....baru2 ni pulak hari raya haji tup2 menjelma...kitorg yg kat Moscow ni macam sedar xsedar je..maklumlah duk cni mcam katak bawah tempurung...sambutan pon hanya setakat mkan nasi ayam jer pagi tu ramai2 dalam dalam satu batch(batch 5=18 orang..)...sambutan tu pon ditaja oleh Ahmad Omar Mohsin sekeluarga...leader batch kami...kalau x..memang x wujudlah sambutan hari raya aidiladha tu..habis makan..semua cepat2 nak pegi kelas...so..mmg xterasa sangat xmacam kat Mesir..siap korban 20 ekor kmbing, 4 lembu n 5 unta...abang yg cerita...fuhh..agak jeles la sebenarnya...haha..nasib baik lepas tu satu organisasi MMASO (Malaysian Moscow Aviation Student Organisation) buat majlis sambutan hari raya...setiap org ada tugas masing2 kecuali 2-3 orang yg langsung xdiberi tugas termasuk oc..haha..jadi oc tolong kemas sikit2 jer la...sambutan tu agak meriah..sama macam sambutan2 sebelum ni yg di'organised' ramai2...lepas tamat jer program tu...terus oc n 4-5 org kawan2 masuk dalam hutan kat belakang asrama ni...nak ambil gambar banyak coz hari tu bangun tido tengok2 jer dah tebal dah snow..xtau la bila pulak dia start accumulate...well..resam orang yg xpernah jumpa salji..memang puas la kitorang terjun n guling2 atas snow tu walaupon belom cukup tebal lagi...bila tangan dah mula pedih mencucuk-cucuk sebab sejuk...terus kitorg blah...dah xsanggup dah rasanya nak main snow lagi lpas ni....tu baru -3 to -5 degree celcius kat luar tu...kalau ikot ramalan dalam Yandex kata minggu ni suhu akan drop antara -17 to -23...mak aihhh...tak sanggup nak kluar la klau betul2 mcam tu....
...haa,..ni dia beberapa keping gambar yg kitorg sempat snap...
| memang xkan jumpe kat mane2 lgi oc pose camni..hahaa |


3:39 PM
OC








.jpg)







